Dropship Affiliate

 

MAKSUD DROPSHIP


Sekarang ini sesiapa sahaja pernah dengar tentang informasi dropship. Apaitu? mungkin anda tertanya-tanya bagaimana perniagaan dropship itu dijalankan dan mudah ke? 

Mungkin agak janggal bagi mereka yang belum mengetahuinya lagi apakah itu kaedah dropship. Dropship sebenarnya salah satu cabang perniagaan internet cara mudah dan simple.

TIDAK PERLU SIMPAN STOK

 Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes, mereka pasti mahu bisnes yang meminimakan modal. Dropship ini adalah salah satu cara bisnes tanpa memerlukan modal yang Besar!.. Menarikkan?  Jana keuntungan tanpa modal yang Besar adalah sesuatu yang tidak mustahil jika kena pada caranya. Anda juga Tidak Perlu Simpan Stok Produk untuk mengelakkan Kerugian apabila Stok tak dapat dijual.

KAEDAH DROPSHIP

Dropship adalah memerlukan anda mempromot barang tersebut dilaman sosial, laman-laman pengiklanan dan sebagainya. Sesuatu yang menarik, anda tidak perlu beli stok atau pun menyimpan stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan. Bila anda dapat tempahan, anda hanya perlu hubungi supplier produk tersebut dan supplier itu sendiri yang akan menghantarkan untuk anda. Sebut pula pasal harga, anda jual produk tersebut dengan harga pasaran dan anda akan dibayar komisen. Menarik bukan?

Anda Lihat Gambar Diatas Bagaimana Kaedah Dropship :

Promot produk di mana-mana sahaja(yang sesuai)

Pembeli membeli produk tersebut dengan anda

Pembeli bayar anda dengan harga pasaran

Anda sebagai agent/orang tengah membayar pembekal/supplier dengan harga yang sama tetapi anda akan dibayar komisen di dalam sistem Login anda.. komisen ini boleh di Withdrawal terus ke bank..

 Pembekal akan menghantar produk tersebut pada pelanggan anda. SELESAI

MAKSUD AFFILIATE

Buat duit online dengan sistem Affiliate. Korang pernah dengar tak pasal affliate? Saya percaya ramai newbie tak tau pun apai tu affiliate sebab saya dulu pun begitu juga. Kalau search google macam-macam definasi keluar tapi maksudnya sama sahaja.

Secara ringkasnya Affiliate ini merupakan salah satu teknik memasarkan dan mengiklankan produk di internet. Program Affiliate ialah apabila anda menjadi orang tengah(agen)mempromosikan produk orang lain melalui link affiliate dan akan mendapat komisen dalam jumlah tertentu jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate anda.

Bayangkan begini… Saya jual belacan. Disebabkan saya nak luaskan lagi pasaran belacan saya ini maka saya buka tawaran untuk jadi agen. Ada orang nama Cik Bedah berminat nak jadi agen. Dia register jadi agen saya dan mempromosikan belacan saya itu. Cik Bedah promosi menggunakan iklan FLYER / BROCHURE yang telah saya sediakan. Cik Bedah juga tidak membayar satu sen pun untuk jadi agen saya. Jika ada orang nak beli belacan itu, dia cuma fowardkan sahaja customer itu pada saya. Belacan, payment, packaging, pos semua saya buat. Bila belacan saya itu berjaya dijual maka saya pun bayar komisen pada Cik Bedah.

“Affiliate Marketing” dalam perkataan yang mudah, “MenjualBarang Orang Lain”. Konsepnya seperti salesman, anda bekerja di bawah satu syarikat, jual produknya dan anda dapat komisyen. Tetapi dalam konteks affiliate, anda hanya mempromosikan sesuatu produk di dalam internet, dan ‘produk’ itu boleh jadi barang fizikal, software, membership, hotel booking dan banyak lagi.

Sekarang ini pengguna internet semakin  meningkat di Malaysia, dan rata-rata juga sudah ramai menunjukkan minat menjadi peniaga secara online untuk buat duit secara sampingan. Sebenarnya tidak perlu sangat kemahiran menulis atau kemahiran tatabahasa yang tinggi untuk menjadi blogger atau internet marketing. Strategi dan teknik-teknik yang betul dalam pemasaran sesebuah blog adalah menjadi kepentingan utama bagi semua blogger atau newbie blogger. Dan apa yang saya nak kongsikan pada hari ini ialah bagaimana membuat duit sampingan dengan menyertai affiliate. Sebenarnya saya yakin ramai lagi yang tidak tahu apa maksud affiliate dan macam mana iannya berfungsi untuk menjana pendapatan kita seharian.

Pasti anda pernah dengar macam-macam mengenai affiliate. Ramai orang sudah mula berjaya menjana pendapatan melalui affiliate. Ada juga yang menjana sehingga 4 angka hanya melalui affiliate bagi produk-produk tempatan. Tapi, satu soalan yang membuat anda terhenti seketika. Anda tanya, apa itu affiliate? Apakah makna disebalik pelbagai-bagai istilah yang digunakan?

Secara umumnya, affiliate merupakan satu sistem yang dipasang di laman web yang menjual produk fizikal ataupun digital. Tujuan sistem berkenaan adalah untuk mengesan jualan yang dibuat oleh agen affiliate yang mendaftar. Ianya merupakan salah satu kaedah penjanaan pendapatan melalui internet yang semakin hari, semakin berkembang pesat. Dikatakan kaedah paling cepat dan mudah untuk anda buat duit di internet.

Mari kita lihat senario biasa yang boleh jumpa di kalangan mereka yang baru hendak bermula menjana pendapatan melalui internet. Biasanya mereka ini akan dikenali sebagai newbie, saya pasti anda tidak mempunyai produk ciptaan sendiri samada produk digital mahupun produk fizikal untuk dijual di internet.

Oleh itu, apa yang boleh anda buat ialah bantu tuan punya produk yang sedia ada di pasaran untuk mempromosi dan menjual produk-produk mereka. Sebagai balasan hasil usaha kerja anda, anda akan dibayar komisyen dalam bentuk peratusan daripada harga sebenar produk tersebut.

Istilah: Affiliate
Maksud: Orang yang mempermosikan produk orang lain. Setiap jualan yang terhasil melalui link seseorang affiliate itu akan menjana komisyen mengikut peratusan tertentu daripada harga sebenar produk yang dipromosilkan.

Istilah: Program Affiliate
Maksud: Program yang menawarkan peluang orang lain untuk mempromosikan dan menjana komisyen hasil menjualnya.

Istilah: Pengusaha Affiliate
Maksud: Tuan punya program affiliate yang anda sertai.

Istilah: Link Affiliate

Maksud: Sejenis link khas yang diberi kepada anda setelah anda mendaftar diri ke dalam sesebuah program affiliare. Link ini akan digunakan untuk track dan mengesan pembelian melalui link anda seterusnya pengusaha program affiliate akan memberi anda komisyen.

Istilah: Ajen Affiliate
Maksud: Orang yang mendaftarkan diri ke dalam sesebuah program affiliate.

Takkan Senang Sangat, Promosi Referal Link Sahaja Dah DapatKomisen?

Begitulah mudahnya perniagaan di internet. Untuk pemahaman anda, zavelldropship membayar komisen apabila pelanggan membeli 1 produk, anda akan dibayar komisen.

Seperti juga perniagaan konvensional, anda perlu hebahkan dimana kedudukan kedai atau premis perniagaan anda selepas kedai anda dibuka. Melalui zavelldropship, dengan bayaran serendah RM30, anda yang belum pernah berniaga di internet kini telah membuka langkah pertama dalam menjalankan satu perniagaan di internet secara praktikal. Inilah basic dalam berniaga di internet, secantik mana, secanggih mana atau sebanyak manapun modal yang telah anda laburkan pada kedai online anda, anda perlu hebahkan referal link website anda untuk menarik pengunjung ke perniagaan online anda melalui promosi.

Di sini anda akan mendapat pengalaman berniaga di internet dan siapa tahu pada masa akan datang, anda akan miliki website/perniagaan online anda sendiri & ketika itu anda telah lebih bersedia serta arif tentang selok belok berniaga di internet.

Pemasaran Affiliate merupakan di antara cara paling efektif untuk menjana wang secara online. Program ini memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk mendapatkan keuntungan melalui internet. Memandangkan program-program pemasaran affiliate mudah untuk disertai dan memberikan imbuhan wang di atas usaha anda, maka semakin ramai orang yang mula menceburi model perniagaan internet ini.

Adalah lebih baik sekiranya anda memilih produk-produk untuk dipromosikan berdasarkan minat dan citarasa anda. Di dalam sebarang kejayaan di dalam pemasaran

Melalui internet, perlu ada masa yang diluangkan untuk merancang dan menghasilkan pelan tindakan untuk mencapai objektif anda.

Pilihlah produk yang bermakna buat diri anda. Setelah itu, lakukan kajian untuk menentukan samaada produk tersebut mendapat permintaan ramai. Mempromosikan produk yang bersesuaian dengan citarasa anda adalah lebih mudah berbanding dengan mempromosikan sebarang produk tanpa minat yang mendalam dari anda.